Banner - Media

test

Monday, 20 March 2017 16:56

BICARA MUMMY - TEMPAT MAKAN, LEPAK DAN SANTAI DI THE MORNING AFTER SUBANG SKYPARK TERMINAL

  

Tempat Makan, Lepak dan Santai di The Morning After Subang SkyPark Terminal -The Morning After mummy gelarkannya sebagai kedai kopi eksklusif. Kerana ianya nampak sangat santai, sesuai untuk pelancong yang sedang menunggu penerbangan atau tiba dari penerbangan. Kafe The Morning After yang terletak di Terminal 3 Subang Airport (nama lama bagi lapangan terbang ini) atau lebih dikenali sebagai Terminal Subang Sky Park juga kerap di kunjungi oleh penggemar makanan barat dan peminat kopi. 

 

Tempat Makan, Lepak dan Santai di The Morning After Subang SkyPark Terminal

 

Kafe The Morning After Subang Sky Park Terminal ini telah di lancarkan pada 2 Januari 2017. Menu hariannya, di inspirasikan dari set 'brunch' (breakfast + lunch) The Morning After, Melbourne Australia. Kini The Morning After telah mempunyai 7 outlet kafe sekitar Klang Valley dan juga Utara Semenanjung Malaysia.

 

 

Tempat Makan, Lepak dan Santai di The Morning After Subang SkyPark Terminal

Tempat Makan, Lepak dan Santai di The Morning After Subang SkyPark Terminal

Tempat Makan, Lepak dan Santai di The Morning After Subang SkyPark Terminal

 

Nak tahu apa makanan dan minuman yang menarik di The Morning After Subang SkyPark Terminal ? 

 

The Morning After Subang SkyPark Terminal  ,mempunyai pelbagai menu yang menarik.

Dan.. mummy dah mencuba beberapa menunya seperti 

 

Tempat Makan, Lepak dan Santai di The Morning After Subang SkyPark Terminal

 

The Big Breakfast yang boleh di makan ketika breakfast atau brunch. Portion pula jangan risau. Memang banyak. Kalau untuk mummy ni boleh dua perut makan kot.

 

Kombinasi makanan halal ni terdiri dari telur hancur, roti, bacon, tomato, cendawan butang, kentang bakar dan sosej.

 

Harga juga tak mahal. Dalam RM22++ sahaja

 

Tempat Makan, Lepak dan Santai di The Morning After Subang SkyPark Terminal

 

Green Tea Latte di The Morning After pun agak menarik selera mummy. Sedap lemak berkrim dan terasa kenikmatan green tea nya. Pure !

 

Harga pula dalam lingkungan RM13 (sejuk)

 

Tempat Makan, Lepak dan Santai di The Morning After Subang SkyPark Terminal

 

Seafood Spicy Aglio Olio juga antara menu yang di minati ramai oleh pengunjung The Morning After.  

 

Rasanya yang pedas sesuai dengan tekak mummy orang Malaysia. 

 

Jika tidak mahu versi pedas, boleh juga beritahu pihak The Morning After untuk kurangkan pedas.

 

Portion makanan ni pun banyak. 

 

Harga pula memang mampu milik iaitu lebih kurang RM22 sahaja.

 

Selain di Subang Skypark, ada 7 lagi cawangan The Morning Cafe. 

Jadi, bagi yang tak berkesempatan ke cawangan Subang seperti mummy pergi ni. Jangan lupa ke cawangan lain The Morning After, ye.

Selanjutnya, tentang The Morning After boleh layari ke :

 

http://themorningafter.my/ 

 

https://www.facebook.com/tmacoffee/